Thursday, December 31, 2009

si kecil comel team




16 Nov 2009, si kecil comel ini mula hadir dan menggembirakan hidup ini. Nemo, Nome, CC & DD adalah nama-nama istimewa yg diberikan kepada mereka. Setiap hari mereka mendengar suara saya, melihat ragam saya, dan kadang-kadang terpaksa mendengar luahan hati ini.

Baru 2minggu bersama, bowl terpecah dek kerana tekanan air yg tinggi terhadap luas permukaan tapak yg agak kecil. Terkaku seketika mengenangkan kesilapan diri yg bakal membawa padah maut kepada kawan-kawan baru saya. Nemo, Nome, CC & DD kesemuanya terlantar di atas lantai bersama serpihan kaca juga hidupan akuatik tiruan yg menjadi perhiasan bowl. Thanks to piah yg datang menjenguk sekaligus mejadi stimulus kepada otak dan akal untuk bertindak menyelamatkan keadaan genting ini.

3 hari sekali saya berpeluang membelai dan memandikan mereka. Konsistensi badan mereka amat menghiburkan untuk dibelai. Sorry Nemo yg menanggung kesan parut hitam di celahan sisiknya kerana kemalangan tempoh hari. Alhamdulillah kini, parut kemalangan itu semakin pudar.

16 Dec 2009, kuliah hari ini tamat kira-kira pukul 3.50 ptg. Manusia mmg tidak lari dari sifat pelupa. Peristiwa genting berulang lagi. Seperti biasa, ucapan salam dan hello ditujukan kpada kumpulan si kecil ini sejurus setelah lampu bilik dinyalakan. Menitis air mata ini di saat melihat tubuh comel Nome terapung tidak bermaya di permukaan air. Kawan-kawannya yg lain pula kelihatan pasif dalam pergerakan mereka. Rupa-rupanya, sebelum ke kuliah pagi tadi saya terlupa memasang semula pam oksigen. Pastinya system pernafasan mereka terjejas. Saya gelisah dan tidak tahu hendak berbuat apa. Kawan-kawannya yg lain pasti akan kesepian tanpa Nome dan pastinya saya akan teramat merindui nome nanti. Mengingatkan diri yg masih belum menunaikan solat asar, saya terus ke tandas untuk berwuduk. Di dalam doa petang itu,walaupun saya tahu nome tidak mungkin kembali tetapi saya tetap memohon agar Allah menyelamatkan nome dan menenangkan hati ini. Sebagai ucapan perpisahan, saya berhajat untuk membersihkan tubuh nome buat kali terakhir sebelum membuangnya. Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan sentiasa mendengar rintihan hambanya, ketika tubuh nome menyentuh air untuk mandi yg terakhir itu, ekor dan mulutnya bergerak-gerak. Insiden ini bagaikan mimpi. Saya memerhati dengan teliti pergerakan tersebut,nemo tidak boleh berenang-renang seperti sebelumnya, tubuhnya mengiring ke kanan berserta pergerakan lemah di bahagian ekor dan mulutnya. Seketika nome dibiarkan dalam keadaan begitu bersama bekalan oksigen dan ubat. Alhamdulliah, setinggi-tinggi kesyukuran Ya Allah kerana mengembalikan Nome semula. Sehari selepas insiden tersebut Nome kembali berenang-renang riang seperti biasa.

Kesilapan yang datangnya dari diri sendiri kadang-kala mampu memberi implikasi yang besar terhadap makhluk lain di bumi ini. Semoga pengalaman ini dapat saya aplikasikan di dalam kehidupan agar berhati-hati di dalam tindak laku dan sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t disamping usaha yang gigih. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah…amin..

p/s: million of thanks specially dedicated to my beloved ahli bait Syifa’ for ur concern to my kecik comel team n for ur sincerely being my very best friends =)..really luv u all n my kecik comel team lah!!!


Friday, April 24, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum jamiaan...
Berkurun rasanya saya x update blog sudah berdebu tebal ini...nak kata bz,ramai lg manusia yg lebih bz dari saya,nak kata xbz ramai juga lagi manusia yg x bz..=)..apa yg pasti peperiksaan final hampir tiba..Bittaufiq wannajah untuk kita semua.Semoga Allah memberi kejayaan MUMTAZ untuk kita semua..amin ya rob..

Kepada sahabat2 di malaysia yg sedang menduduki peperiksaan saat ini,teruskan perjuangan...Dan kepada kita yg bakal menempuh cabaran duniawi ini,tingkatkan usaha gigih menggila kita dan terus istiqamah mendekati Pencipta yang maha Agung...ALLAHUAKBAR...

Kepada mak,ayah n my beloved family..muah3..=)..ana akan buat yg lebih baik..doakan kejayaan ana dan kawan2..Semoga kejayaan mengiringi kepulangan 18th july nie..amin..



:INSPIRATION:..love u 4eva n eva..







Tuesday, February 3, 2009

AL-CUTI FI WINTER

Cuti sudah lama bermula,exam sudah lama berakhir...
Percutian yang telah dirancang bersama kawan2 tidak menjadi..(huhu,sdey2)..namun pasti ada hikmah disebalik kejadian ini..
..."dan Allah adalah sebaik-baik perancang"...

Anyhow,some say "change your plan if must, but still focus on your goal"...InsyaAllah hari ini kami akan berjalan dan bermusafir diatas bumi Allah,melihat kebesaran dan keindahan ciptaanNya.Walau terpaksa menukar rancangan percutiaan, Alhamdulillah setidak-tidaknya masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam =)..

Happy holiday all and allow urself to be happy..but still,don't forget there will be patho oral exam on 14th july 2009 (Good luck for us!!)

Thursday, January 15, 2009

LAWAK INTERNATIONAL


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... erm,cerita ni saya baca dari msg yg diforward oleh kawan saya.Bayangkan benda ini berlaku pada kita..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....Sekian. Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, sama2 lah kita fikir...




erm,teringat persoalan sahabat saya,"zah,klo negara yang bukan tanah air kita kena serang n ko ade kat situ...ko nak balik msia smbung blaja ke nak stay n same2 berjuang?"...susah juga nak jawab,tp saya akan jawab sekiranya keadaan itu berlaku...(seorang perancang masa hadapan yang kureng)...persoalan yg saya lemparkan untuk diri sendiri..apa guna belajar jd doctor jika x suka berkhidmat untuk org ramai...wallahualam....

Monday, January 5, 2009

PENING2 LALAT


Apabila terkena bahana STRESS,concentration terhadap sesuatu kerja selalu terganggu.Tetiba rasa blurr,lampi (lambat pick up),sedih atau rasa nak nangis pun ada.Stress secara negatifnya selalu menyebabkan TENSION( jika diluar kawalan).Tp best sangat2 jika kita dapat break stress tu untuk elakkan tension kerana secara positifnya stress menyebabkan kita lagi struggle berusaha untuk kecapi apa yang kita impikan..

Stress dikalangan kaum hawa sering dikaitkan dengan perubahan hormon.hmm..perubahan hormon ketika menstrual cycle(kitaran haid),pregnancy(mengandung),lactating(penyusuan bayi)...Dikalangan kaum adam pula stress mungkin berikutan memikirkan tanggungjawab yang dipikul,kurang tidur atau cara pemakanan yang kurang teratur..

Apa yang penting,kenal pasti punca sebenar bagi memudahkan jalan penyelesaian dilakukan...
""Al-quran is the powerful medicine""....x cuba x tahu,pasti ada ketenangan bila dah mencuba nnt.insyaAllah.."sesungguhnya dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang"



Musim2 peperiksaan ni,mesti semua org sibuk mengulangkaji pelajaran...hhmmm...jgn lupa jaga masa tidur.Tidur sangat penting untuk penyimpanan maklumat juga untuk refreshment otak..hmm tp klo terlebih tidur...no comment =)...mereka dan diri mereka yang rugi...



Makan...... best nyer!!=)...

Ada org pernah cakap..

breakfast like king>>pastikan nutrient cukup untuk bekalan tenaga di siang hari
lunch like queen>>nak elak mngantuk kalau makan bnyak sgt
dinner like poorer>>mkan sekadarnya

Jika mampu...amalkan puasa2 sunat kerana secara tidak langsung ianya membantu dalam membentuk disiplin diri..(eg.bersahur mendidik kita bangun awal...etc..) dan ianya memberi kita pengalaman merasai keperitan saudara2 kita yang kekurangan makanan (eg. in Gaza)..


KAWAL STRESS, HIDUP CERIA
....yeah...peace!!!=)




Sunday, January 4, 2009

EXAM IS IMTIHAN


Exam da nak dekat...tp,ada lagi topic yg saya x abes revise...quite hard jika kita nak ulangkaji semua subjects dalam masa yang singkat ni...tp,lagi ponen kalau nak kena cover semua benda pada malam peperiksaan....dan kerana hal ini ramai orang berpendapat last minute study merupakan cara belajar yang kurang efektif...walaupun kadang-kala saya terpaksa buat juga...=)

kadang2 susahnya untuk recall apa yg kita pernah ingat..tp kdg2 senang pula hendak menghafal nama,no tel atau knowledge yg baru dipelajari.Pembacaan pertama merupakan pencetus 'action potential' yang akan dihantar oleh sistem saraf ke bahagian limbic system otak manusia...walaubagaimanapun sistem ini memerlukan pencetus yang berterusan bagi membolehkan knowledges yang dibaca atau dilihat mampu dihafal dalam jangka masa yang lama..

Haa...sebab tu la doc Amal selalu pesan 'an excellent muslim doc must not be lazy' n ' u don't study well' (bila xdapat jawab soklan)...

""lasset uns studiren""...Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua sahabat2 tidak kira di egypt,malaysia,new zealand,german dan seantero dunia....

WHAT EVER WE DO,STRIVE FOR MARDHATILLAH ~keredaan Allah~

I'm not aiming for PERFECTNESS but it's enough if just EXCELLENT for me...=)
I'm not aiming to be a WELL KNOWN PERSON but it's enough to be a MUSLIMAH NEUROSURGEON......Peace!! =)....



PABILA PERUT SUDAH MENYANYI


Kalau dah lapar,apa pun di depan mata mesti kita 'bantai sumbat je kan'...time ke restaurant pula,nampak makanan yg cantik2 n menyelerakan mesti kita tertarik nak order kan...


gambar sekadar hiasan...

kadang2 pula dgn x semena-mena rasa x sedap perut,macam nak demam pun ada,tergaru-garu kegatalan kulit pun ada juga...

...."fasciola".... nama macam jenama beg sekolah tp sebenarnya kehadirannya mampu menggugat kesihatan tubuh kita...cacing fasciola selalunya hidup didalam badan manusia akibat memakan sayur-sayuran yg kurang penjagaan dalam masakannya...

majoriti semua orang pernah masuk ke dapur kan??kita rasa gembira bila anak2(if any),keluarga atau sahabat2 makan masakan yg kita sediakan..tp,lagi best jika makanan yg dihidangkan selamat dari segi 'halal & haramnya' juga dari segi kesihatan...some say that 'we're from what we eat'

Oleh itu,selamatkan diri kita dan org2 tersayang daripada serangan fasciola gigantica dan fasciola hepatica...

>> basuh sayur satu persatu,sehelai demi sehelai dan buang bahagian yang sudah busuk(walaupun sedikit)...tp,jgn buang keseluruhannta~~sesungguhnya membazir itu amalan syaitan~~

>>bagi peminat ulam atau coleslaw jgn risau...rendamkan sayur-sayuran tersebut ke dalam air cuka atau air garam....kalau rajin,celurkan sayur tersebut di dalam air panas seketika sahaja (kalau da layu x jd ulam la pula kan)

>>bg peminat sayur bergoreng atau berkuah bolehla masak mengikut citarasa selagi mana tidak membahayakan kesihatan sehingga sayur tersebut masak ( kalau layu sgt takut2 terhilang vitamin )

selamat memasak dan menikmati hidangan...(yummy2!!) =) mulakan juadah dgn nama Allah dan doa dan begitu juga untuk pengakhirnya...

Semoga dengan nikmat kesihatan yg dikurniakan dapat memangkin ibadah dan pengabdiaan diri kepada-NYA....wallahu'alam....


p.s: there are a lot of worms that can infect human due to improper management of food...

Saturday, January 3, 2009

WHERE IS THE LOVE??

Hari ke-7 serangan israel keatas Gaza : angka kematian akibat serangan israel kepada 431 orang dan mencederakan 2,280 orang 500 daripadanya parah


Hati mana yg tidak marah,hati mana yg tidak menangis bila melihat saudara sendiri ditindas dan dizalimi di tanah air sendiri..

....G.W Bush branded the Hamas rocket attacks on Israel an "act of terror".....sudah celik namun buta,elok mendengar namun pekak..(no medicine available in the market for those pathetic people).




Dying to live..they were dying to let their people live in happiness.al-fatihah...


for further info let's visit~~ http://minipavilion.blogspot.com or http://english.aljazeera.net

Friday, January 2, 2009


..TIADA KEJAYAAN YANG DATANG TANPA USAHA YANG GIGIH..

Tahiyyatun toyyibah 'alaikum jamiaan...

at last...atas encourangement of my beloved ahli bait syifa' =) saya dengan usaha yg gigih dapat publish blog yg x seberapa ini...even terlambat but i'll follow u all step by step ok...


semoga usaha ini memberi manfaat kepada diri saya & tetamu2 yg sudi berkunjung....=)~~yo!!peace no war beb~~
(btw,marilah kita sama2 mendoakan muslim di gaza agar dilindungi-NYA dr kekejaman israel laknatullah 'alaihim...)

"ya Allah save the muslims of gaza...stop such cruel + heartless violence ya Rob...amin...."