Friday, May 11, 2012

Kuih Lapis selepas exam :)

Alhamdulillah, smalam special surgery round diakhiri dengan end round exam of radiology. :) Harini cuti, dan pagi ni semangat buat kuih lapis.. hehehe.. ok, harini nak share resipi kuih lapis yg baru je dibuat tadi :)

Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
¾ cawan tepung gandum
1 ½ pack santan serbuk
1 cawan gula ( kalau kurangkan sikit lg nice, xmanis sgt )
4 cawan air
2 ts minyak masak
Sedikit garam
Pewarna mangikut citarasa
Esen perisa rose ( utk aroma )

Cara-caranya :
1)Masukkan 2 cawan air, gula, tepung beras, tepung gandum, santan, garam, dan minyak ke dalam blender dan blend hingga sebati.
2)Keluarkan bancuhan dan masukkan esen perisa rose.
3)Sementara itu didihkan air di dalam kukus.
4)Bahagikan bancuhan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang ingin digunakan.
5)Sapukan sedikit minyak di dalam loyang, alas dengan plastic cling ( utk elakkan kuih melekat ). 6)Masukkan 1 cawan bancuhan kedalam loyang yg telah siap dialas. Kukus selama 8-10 min.
7)Ulang membuat lapisan sehingga semua adunan habis.
8)Setelah masak, biarkan kuih utk dikukus selama 10 minit tanpa menutup kukus.
9)Tunggu sehingga kuih sejuk dan potong utk dihidangkan :)

   Ni lah hasilnya. Tp saya potong xbrapa nk cantik la plak kan..hihi..