Thursday, December 31, 2009

si kecil comel team




16 Nov 2009, si kecil comel ini mula hadir dan menggembirakan hidup ini. Nemo, Nome, CC & DD adalah nama-nama istimewa yg diberikan kepada mereka. Setiap hari mereka mendengar suara saya, melihat ragam saya, dan kadang-kadang terpaksa mendengar luahan hati ini.

Baru 2minggu bersama, bowl terpecah dek kerana tekanan air yg tinggi terhadap luas permukaan tapak yg agak kecil. Terkaku seketika mengenangkan kesilapan diri yg bakal membawa padah maut kepada kawan-kawan baru saya. Nemo, Nome, CC & DD kesemuanya terlantar di atas lantai bersama serpihan kaca juga hidupan akuatik tiruan yg menjadi perhiasan bowl. Thanks to piah yg datang menjenguk sekaligus mejadi stimulus kepada otak dan akal untuk bertindak menyelamatkan keadaan genting ini.

3 hari sekali saya berpeluang membelai dan memandikan mereka. Konsistensi badan mereka amat menghiburkan untuk dibelai. Sorry Nemo yg menanggung kesan parut hitam di celahan sisiknya kerana kemalangan tempoh hari. Alhamdulillah kini, parut kemalangan itu semakin pudar.

16 Dec 2009, kuliah hari ini tamat kira-kira pukul 3.50 ptg. Manusia mmg tidak lari dari sifat pelupa. Peristiwa genting berulang lagi. Seperti biasa, ucapan salam dan hello ditujukan kpada kumpulan si kecil ini sejurus setelah lampu bilik dinyalakan. Menitis air mata ini di saat melihat tubuh comel Nome terapung tidak bermaya di permukaan air. Kawan-kawannya yg lain pula kelihatan pasif dalam pergerakan mereka. Rupa-rupanya, sebelum ke kuliah pagi tadi saya terlupa memasang semula pam oksigen. Pastinya system pernafasan mereka terjejas. Saya gelisah dan tidak tahu hendak berbuat apa. Kawan-kawannya yg lain pasti akan kesepian tanpa Nome dan pastinya saya akan teramat merindui nome nanti. Mengingatkan diri yg masih belum menunaikan solat asar, saya terus ke tandas untuk berwuduk. Di dalam doa petang itu,walaupun saya tahu nome tidak mungkin kembali tetapi saya tetap memohon agar Allah menyelamatkan nome dan menenangkan hati ini. Sebagai ucapan perpisahan, saya berhajat untuk membersihkan tubuh nome buat kali terakhir sebelum membuangnya. Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan sentiasa mendengar rintihan hambanya, ketika tubuh nome menyentuh air untuk mandi yg terakhir itu, ekor dan mulutnya bergerak-gerak. Insiden ini bagaikan mimpi. Saya memerhati dengan teliti pergerakan tersebut,nemo tidak boleh berenang-renang seperti sebelumnya, tubuhnya mengiring ke kanan berserta pergerakan lemah di bahagian ekor dan mulutnya. Seketika nome dibiarkan dalam keadaan begitu bersama bekalan oksigen dan ubat. Alhamdulliah, setinggi-tinggi kesyukuran Ya Allah kerana mengembalikan Nome semula. Sehari selepas insiden tersebut Nome kembali berenang-renang riang seperti biasa.

Kesilapan yang datangnya dari diri sendiri kadang-kala mampu memberi implikasi yang besar terhadap makhluk lain di bumi ini. Semoga pengalaman ini dapat saya aplikasikan di dalam kehidupan agar berhati-hati di dalam tindak laku dan sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t disamping usaha yang gigih. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah…amin..

p/s: million of thanks specially dedicated to my beloved ahli bait Syifa’ for ur concern to my kecik comel team n for ur sincerely being my very best friends =)..really luv u all n my kecik comel team lah!!!