Wednesday, March 23, 2011

Medicine..Hard n Hurt..

somehow when fear,stress,fretful,angst n tension did wrack me,I naively wished I could be happy if I never had feelings...but that was all wrong because happy needs feeling!!

Ana told me: whenever u face any difficulties,do dare to accept them...because within each dilemma there is always a gift lies..u get what u give..now,soon or later..
Never ever had appeal to live give up..giving up give up & building up great job!!

**Don't despair and never lose hope..cause ALLAH is always by ur side ~Maher Zind~

Monday, March 21, 2011

Naan vittuku poren...tapi kena blajar pandai2 dulu!!

PUJUK HATI BIAR RAJIN TIADA TANGGUH TIDAK SEDIH
dari Ana untuk Aku...

Jiwa usah getar terus tegar
Semangat usah lemah terus gagah
Melangkah usah jemu terus maju
Kerna sinar itu pasti INSYAALLAH...

Hati kadang resah kadang marah
Rajuk kadang ada kadang rasa
Namun jatuh mudah rebah biar tidak
Kerna sabar itu cantik sungguh indah...

Detik tanpa henti jangan biar tanpa erti
Impian dalam hati jangan biar tanpa jadi
Usaha penuh gigih jangan kenal rasa pedih
Pada ALLAH pohon hajat jangan kenal rasa penat..

JOM SAYANG MEDIK!!
(love:do anything,give anything ~hikayat merong mahawangsa~)

Monday, March 29, 2010

SC HAWA handmade keropok lekor

Seronok,fun & best sgt2 membuat keropok lekor bersama ahli-ahli SC hawa.Kira-kira pukul 2 ptg kami start operasi ni…hmm,tp sebelum tu mestilah sediakan bahan-bahannya dahulu…Since we’re here in Egypt,so a lot of ingredients of the original recipe had been changed..kami terpaksa guna apa yg ada di sini je la..ok,now let me jot down the things that we need for this marvellous keropok lekor yea :)

Keropok
1kg Ikan
3 sudu Tepung gandum
Tepung jagung a.k.a nisha (in Arabic)
1 paket Baking powder
Garam secukup rasa

Sos Pencicah
Bawang putih a.k.a tum (in Arabic-amiyyah) dikisar halus
Lada kering dikisar halus
Tomato paste a.k.a salsa (in Arabic)
Gula & Garam

Simple je kan bahan-bahannya…ok,how to change all the above things to the keropok lekor with a very delicate fish flavor??hehe..simple je,just do the following steps yea…
1)Bersihkan ikan dan buang isi perutnya
2)Pisahkan isi ikan daripada tulang,kepala dan ekornya
3)Kisar isi ikan sehingga halus tanpa menggunakan air
4)Masukkan isi ikan yang siap dikisar halus ke dalam mengkuk adunan
5)Campurkan kesemua bahan keropok bersama isi ikan. Perapkan adunan selama 20 min.

*masukkan tepung jagung sehingga adunan tidak melekat di tangan.Elakkan dari menggunakan tepung jagung yang terlalu banyak bagi mengekalkan rasa asli ikan

6)Bentukkan adunan menjadi panjang dan rebus
7)Potong keropok yg siap direbus dan goreng menggunakan api sederhana.

Sos Pencicah

1)Tumis bwg putih & lada yg kisar halus
2)Masukkan tomato paste,garam & gula secukup rasa
3)Tumis bahan-bahan diatas sehingga garing
4)Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih

OK,siap!!jom makan..doa makan jgn lupa baca :)

Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR!!! =)




Dulu,dari form2—>2006 (b4 dtg mesir),aku slalu tulis @ conteng kat kertas yang 2010 aku akan jd doktor. Mana dpat idea tu pun aku xpasti..padahal aku berminat nak jd engineer atau pun interior designer..tp itulah yg da terjadi..sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita kan..dan hakikatnya 2010 dah pun menjelma dan aku kini berada di thun 4 fakulti perubatan am..Walaupun ketiga-tiganya masih belum dapat dikecapi (juga bererti mission failed), Alhamdulillah sekurang-kurangnya langkah untuk memburu misi tu dah bermula..Cuma kena extend masa..Rasanya dlu tu tersalah kira tahun erk?klakar je kan, 4 thun lebih boleh xprasan error tu..=)

1st of January 2010.. What did I do today erm??
5.34 am...Ayah call n mengejutkan aku yg tgah syok tidur..al maklum je la,hari cuti kuliah kan.. Alhamdulillah aku gembira sgt2 sbb ayah n mak officially bg permission bout some plans yg diharapkan akan jadi insyallah..=p

Kira-kira 10.30 am... Projek nasi ayam mula beroperasi..special aku wat untuk ahli-ahli sc hawa yg disayangi (semperna sc terakhir b4 tawaquf) n of course utk ahli bait syifa’ yang sgt2 dicintai..sedap atau x,itu adalah subjektif..but I did enjoy serving this meal =p



Thanks to mira n adik-adik sc for ur creative cards yea..=)..Semoga kejayaan milik kita bersama..amin..

4.15 pm … memandangkan harini adalah jadual mandi si kecil comel tu, makanya inilah yg aku buat pada masa ini..seronok la main2 ngn u all..=p
Erm pada mlm nya pula,kami gadis2 bait syifa’ merancang scara terperinci misi yang bakal kami lancarkan nnt…=)…semoga semuanya berjalan lancar…amin…

11.51 pm ... Aku harap hari-hari yang mendatang akan lebih baik dari hari-hari lepas yg telah aku lalui dan aku menjadi lebih positive n yakin untuk meneruskan perjalanan hidup ini… Opss!! esok ada class, syukur Alhamdulillah untuk kurniaan hari ini..=)

Thursday, December 31, 2009

si kecil comel team




16 Nov 2009, si kecil comel ini mula hadir dan menggembirakan hidup ini. Nemo, Nome, CC & DD adalah nama-nama istimewa yg diberikan kepada mereka. Setiap hari mereka mendengar suara saya, melihat ragam saya, dan kadang-kadang terpaksa mendengar luahan hati ini.

Baru 2minggu bersama, bowl terpecah dek kerana tekanan air yg tinggi terhadap luas permukaan tapak yg agak kecil. Terkaku seketika mengenangkan kesilapan diri yg bakal membawa padah maut kepada kawan-kawan baru saya. Nemo, Nome, CC & DD kesemuanya terlantar di atas lantai bersama serpihan kaca juga hidupan akuatik tiruan yg menjadi perhiasan bowl. Thanks to piah yg datang menjenguk sekaligus mejadi stimulus kepada otak dan akal untuk bertindak menyelamatkan keadaan genting ini.

3 hari sekali saya berpeluang membelai dan memandikan mereka. Konsistensi badan mereka amat menghiburkan untuk dibelai. Sorry Nemo yg menanggung kesan parut hitam di celahan sisiknya kerana kemalangan tempoh hari. Alhamdulillah kini, parut kemalangan itu semakin pudar.

16 Dec 2009, kuliah hari ini tamat kira-kira pukul 3.50 ptg. Manusia mmg tidak lari dari sifat pelupa. Peristiwa genting berulang lagi. Seperti biasa, ucapan salam dan hello ditujukan kpada kumpulan si kecil ini sejurus setelah lampu bilik dinyalakan. Menitis air mata ini di saat melihat tubuh comel Nome terapung tidak bermaya di permukaan air. Kawan-kawannya yg lain pula kelihatan pasif dalam pergerakan mereka. Rupa-rupanya, sebelum ke kuliah pagi tadi saya terlupa memasang semula pam oksigen. Pastinya system pernafasan mereka terjejas. Saya gelisah dan tidak tahu hendak berbuat apa. Kawan-kawannya yg lain pasti akan kesepian tanpa Nome dan pastinya saya akan teramat merindui nome nanti. Mengingatkan diri yg masih belum menunaikan solat asar, saya terus ke tandas untuk berwuduk. Di dalam doa petang itu,walaupun saya tahu nome tidak mungkin kembali tetapi saya tetap memohon agar Allah menyelamatkan nome dan menenangkan hati ini. Sebagai ucapan perpisahan, saya berhajat untuk membersihkan tubuh nome buat kali terakhir sebelum membuangnya. Sesungguhnya Allah Maha pengasih dan sentiasa mendengar rintihan hambanya, ketika tubuh nome menyentuh air untuk mandi yg terakhir itu, ekor dan mulutnya bergerak-gerak. Insiden ini bagaikan mimpi. Saya memerhati dengan teliti pergerakan tersebut,nemo tidak boleh berenang-renang seperti sebelumnya, tubuhnya mengiring ke kanan berserta pergerakan lemah di bahagian ekor dan mulutnya. Seketika nome dibiarkan dalam keadaan begitu bersama bekalan oksigen dan ubat. Alhamdulliah, setinggi-tinggi kesyukuran Ya Allah kerana mengembalikan Nome semula. Sehari selepas insiden tersebut Nome kembali berenang-renang riang seperti biasa.

Kesilapan yang datangnya dari diri sendiri kadang-kala mampu memberi implikasi yang besar terhadap makhluk lain di bumi ini. Semoga pengalaman ini dapat saya aplikasikan di dalam kehidupan agar berhati-hati di dalam tindak laku dan sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t disamping usaha yang gigih. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah…amin..

p/s: million of thanks specially dedicated to my beloved ahli bait Syifa’ for ur concern to my kecik comel team n for ur sincerely being my very best friends =)..really luv u all n my kecik comel team lah!!!


Friday, April 24, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum jamiaan...
Berkurun rasanya saya x update blog sudah berdebu tebal ini...nak kata bz,ramai lg manusia yg lebih bz dari saya,nak kata xbz ramai juga lagi manusia yg x bz..=)..apa yg pasti peperiksaan final hampir tiba..Bittaufiq wannajah untuk kita semua.Semoga Allah memberi kejayaan MUMTAZ untuk kita semua..amin ya rob..

Kepada sahabat2 di malaysia yg sedang menduduki peperiksaan saat ini,teruskan perjuangan...Dan kepada kita yg bakal menempuh cabaran duniawi ini,tingkatkan usaha gigih menggila kita dan terus istiqamah mendekati Pencipta yang maha Agung...ALLAHUAKBAR...

Kepada mak,ayah n my beloved family..muah3..=)..ana akan buat yg lebih baik..doakan kejayaan ana dan kawan2..Semoga kejayaan mengiringi kepulangan 18th july nie..amin..



:INSPIRATION:..love u 4eva n eva..







Tuesday, February 3, 2009

AL-CUTI FI WINTER

Cuti sudah lama bermula,exam sudah lama berakhir...
Percutian yang telah dirancang bersama kawan2 tidak menjadi..(huhu,sdey2)..namun pasti ada hikmah disebalik kejadian ini..
..."dan Allah adalah sebaik-baik perancang"...

Anyhow,some say "change your plan if must, but still focus on your goal"...InsyaAllah hari ini kami akan berjalan dan bermusafir diatas bumi Allah,melihat kebesaran dan keindahan ciptaanNya.Walau terpaksa menukar rancangan percutiaan, Alhamdulillah setidak-tidaknya masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam =)..

Happy holiday all and allow urself to be happy..but still,don't forget there will be patho oral exam on 14th july 2009 (Good luck for us!!)